Wednesday, May 30, 2012

Alhamdulillah :)



hari ni teha taip dengan senyuman yang mekar di bibir! wah ayat tak boleh blah..akhirnya penantianku tak sia-sia..syukur alhamdulillah dapat jugak..tapi tempat tu..teha tak bape syok sgt..dekat sgt dengan rumah..teha nak jauh sikit..utara ke..baru syok..aih lantak lah..asalkan dapat belajar...tu paling penting..and teha tgk macam ramai yang dapat kat tempat yang sama dengan teha..boleh la mulai sekarang cari kawan..nanti sampai sane tak adalah takut sangat..ada sesiapa yang dapat sama macam teha?ada?lau ada infom ek..kite kawan..hahaha..
ayah teha dah risau dah kalau tak dapat poli..haih swasta la jawabnye..nak check tadi ketar-ketar tangan..sejuk kaki..doa banyak-banyak..seronoknye!!
okey..tu je..
sekian..

Norfathehah bt Rusti



terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

Monday, May 28, 2012

aku bercuti..bye semua :(

hai semua..start hari ni siapa-siapa yang singgah blog teha...teha nak mintak maaf ye sebab mybe lambat teha nak balas balik kunjungan and baca entry korang semua...sebab teha tak ada untuk beberapa hari ni..sory ye syg-syg ku sekalian..and teha mintak kalau singgah blog teha tinggalkan la jejak langkah korang supaya teha boleh balas balik kunjungan korang,,,so nnt tak ada la yang cakap belakang..kang nnt ade pulak cakap "teha ni aku singgah nlog dye..dia tak singgah pun blog aku"ha cm ni la yang teha tak nak..teha sibuk sikit sekarang..sory semua..bubye..
sekian

Norfathehah bt Rusti

terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

Sunday, May 27, 2012

yang mana satu??




yamg mana kamu semua geli..teha paling geli tikus..eeeee

terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

Saturday, May 26, 2012

seringkas mungkin =)


okey..rasa semua dah penah tgk benda ni..teha ambik dari facebook..suke sgt bila si B tnye gtu kat si A..padan muka si A..haha
sebenarnya tak de mende nak tulis..mood x berapa nak baik pulak hari ni..tergesa-gesa nak ke seremban..kalau jumpa teha nanti tegur-tegur la ye...ok 
sebelum tu..

FIZA DIARY

knp sy tak boleh masuk blog awak?alahai sedih nye...
sekian

Norfatheha bt Rusti




terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

Friday, May 25, 2012

Perhatian Kepada Kaum Adam..

hai semua kawan-kawan ku sekalian,,adik,kakak,abang,makcik,pakcik,nenek,datuk dan semuanya..mari sini baca entry teha..hari ini teha nak bagi nasihat sikit..NASIHAT! nasihat ini khusus untuk kaum lelaki..kalau kaum wanita nak baca juga dialu-alukan..

nampak tak?kalau tak nampak boleh klik kat gambar itu untuk tumbesaran yang bagus..

okey,,teha bukan nak kutuk la kan..tapi teha rasa semua pun tahu apa hukum lelaki memakai rantai or apa-apa yang menyerupai wanita..kalau tak tahu mari teha nak bagi tahu..hukum nya adalah HARAM! okey nampak kan..tapi teha tengok tetap ramai orang lelaki yang beragama islam memakai perhiasan seperti wanita..terutama rantai lah kan..tu tak termasuk gelang lagi.teha baca tadi hukum mamakai gelang bagi lelaki pun haram tau..kecuali niat memakai gelang itu sebab kita nak berubat dan gelang tu mestilah benar-benar ada ubat..kadang-kadang anak yang masih kecil pun dah dipakaikan rantai dan gelang..kata nya nak nampak macho lah kan...tapi tak nampak pun macho..hancur ada lah..hancur sebab terlalu ikut trend..hukum nya korang tahu tapi buat-buat tak tahu..

okey..teha tak nak cakap banyak sebab teha tahu ramai yang dah tahu..kalau yang terasa teha mintak maaf okey..teha tak marah pun..lantak korang lah kan..teha cuba nak mengingatkan korang semua wahai kaun lelaki..sebab korang adalah pemimpin..macam mana nak jadi pemimpin kalau kita sendiri pun tak betul kan..so betulkan mana yang tak betul okey..

 Hukum lelaki menyerupai perempuan adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki sebagaimana hadits daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma, katanya: Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

sekian :)

Norfathehah bt Rusti 

terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

bila nak dapat ??

hai semua..sihat?hari ni dah 4 REJAB..dan alhamdulillah Allah beri keizinan bernafas sampai sekarang..okey..hari ini teha sampai sakit perut fikir menda apa yang teha nak tulis..sebab boring baca entry teha asyik sama aje kan..haha..cuba baca tajuk entry teha?bila nak dapat?nak dapat apa kan..haha sebenarnya teha ni dah beberapa bulan mempunyai lesen memandu..tapi tak penah nak dapat bawak kereta yang ada kat rumah ni..sedih nya lah tengok kawan-kawan teha dah boleh bawak kereta sampai 1 Malaysia dia pusing..teha?aiyoo..setakat 1-5 km je la..tu pun nak jugak merasa bawak jauh-jauh..ayah tak bagi :(
ayah cakap cenggini "adik baru lagi pandai bawak kereta..tak payah lagi la bawak jauh-jauh.."apa lah..haih..biarlah..risau kot..kalau cenggini macam mana teha nak suh ayah belikan kereta untuk teha???HAHA..kereta tak besar pun..kecik je...

huh!berangan lah kau teha..jangan harap..beli sendiri!HAHA..ada sesiapa yang nak belikan teha kereta macam ni??mustahil!

oh ye..HEHE teha ni kan biasa lah kan kuat berangan..selalu berangan nak macam-macam..teha rasa macam nak cincin je sekarang ni..tak banyak pun..1 je..haha..bukak je laptop terus search kat google gambar-gambar cincin..haih rambang mata ku...lagi sekarang harga emas tengah jatuh..best ni kalau ada duit ni..boleh beli banyak-banyak..tapi ..mana ada duit..berangan aje lah yang teha mampu..tak pe..teha akan usaha mendapatkan duit..! azam yang tinggi!

ada yang nak bagi tak??angkat hidung..tak kan ada..tak apa..simpan duit.nanti dah banyak boleh beli..hahaha...okeylah..merapu aja tak sudah..bubye..
sekian..

Norfathehah bt Rusti

terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

Thursday, May 24, 2012

kotak pensel kegemaranku :)

hari  ni teha rasa macam rindu sangat zaman sekolah tadika n sekolah rendah..kalau masa boleh diundurkan masa..memang teha akan rajin ke sekolah :) *nampak sgt malas pegi sekolah*..teha teringat dulu kalau cuti sekolah lama sikit teha mesti nak tukar kotak pensel teha..ayah teha sampai tension gila dgn teha sebab asyik mintak belikan kotak pensel je..kotak pensel teha masih elok tapi still nak yang baru..teha tak tahu lah kenapa kan..bila ingat balik masa tu rasa kesian nya ayah aku..haha..dah nak wat cam ne..mmg tu la perangai aku..kalau tak ada kotak pensel baru tak nak g sekolah!lepastu kalau nak beli kotak pensel tu mesti lama sangat..sebab rasa nak borong semua..bnyak sangat yang cantik-cantik..tapi kena wat pilihan..sebab nanti ayah marah..haha..dulu teha suka pakai kotak pensel ni..


siapa suka kotak pensel macam ni?haha nak tahu sebab apa teha suka kotak pensel macam ni?sebab dia cute sangat..haha..masa tu tak minat lagi kotak pensel yg kain tu..jiwa kanak-kanak lagi kan..haha..yang besi ni jugak paling best..kan dulu g sekolah bawak pensel beberapa batang,pemadam,pembaris,dan pengasah pensel tu..lepastu bawak la pensel warna tu ha...
lepastu kotak pensel ni kalau kita letak alat tulis dalam tu senang nampak and senang nak ambil..kalau yang kain tu susah..kene korek-korek baru lah nampak ape yang kita nak..haha..kalau nak tahu kalau teha suka yang paling banyak tingkat..kotak pensel ni kan bertingkat-tingkat..boleh letak bnyk pensel..sebab pensel teha selalu patah..lepastu malas nak asah semula..ambil yang baru terus..balik rumah suruh mak asahkan..haha..rasanya teha gunakan kotak pensel ni sampai form 2 kot..WAHAHA..semua org cakap teha budak-budak..teha peduli ape..suka hati aku lah kan..sebuk aje..lepastu besoknya kawan yang ejek teha tu pun pakai kotak pensel ni..TIRU!
tapi bila dah masuk form 3 teha dah start pakai yang kain tu sebab teha ni kan jenis selalu tertinggal barang..so dalam satu kotak pensel tu teha sumbat macam-macam..haha.haih..nak sekolah balik!!
okey lah..sekian..


Norfathehah bt Rusti

terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

Wednesday, May 23, 2012

Perhatian Kepada Pemilik Kuku Panjang !

hai semua kawan-kawan..teha nak tanya, sape suka tgk kuku dye panjang?angkat hidung..ANGKAT HIDUNG! haha gurau je.. tadi teha ade terbaca tentang keburukan kuku panjang..euww..sangat menggelikan bagi teha..bagi korang!korang and korang! teha tak tahu lah kan..nak tahu ape keburukan nya?meh sini..

 mula-mula mesti korang tahu kan bela kuku panjang ni dosa nya sama dengan membela sekandang babi..kalau semua jari tu korang biarkan kuku tu panjang..ha kira lah berapa kandang babi korang bela..

 bagi orang islam..adalah tak sesuai sama sekali bela kuku yang panjang ni walaupun 1mm kerana ia tidak melambangkan kesucian terutama bila beristinjak

  orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, membuat cucur pisang, menguli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

  kuku yang panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. 

 kuku panjang ni susah kalau nk makan..kalau makan pakai tangan nasi masuk dalam kuku..lepastu kalau selalu sangkut kat mana yang boleh tersangkut lah kan..

 kalau kuku panjang ni bila nak garu temapt gatal ke selalu sampai terluka kan..sangat berbahaya !

 kalau nak ambil air sembahyang tu macam was-was sebab takut tak sah..


sekarang sudah tahu?so lepas ini tak payah lah nak bangga dengan kuku yang sangat lah panjang  yang korang miliki itu..sebab dia lebih kepada keburukan..sebab islam kita pun ajar tentang kebersihan kuku kan..ada yang bangga bila kuku panjang siap dengan warna-warna pelangi tu..tak ada pun dalam kubur nanti kat batu nisan korang tu tulis "SI MATI MERUPAKAN MODEL KUKU YANG BERWARNA WARNI"..so ingat lah ye..potong lah kuku tu..jaga kebersihan..renung-renungkan..

sekian..

Norfathehah bt Rusti








terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

Tuesday, May 22, 2012

Sampaikanlah kepada kaum WANITA

Hai semua...malam ni teha nak kongsi sikit ape yang teha baca dari sebuah buku yang teha beli haritu..tajuk nye ialah WANITA YANG DIRINDUI SYURGA..siapa yang ada buku ni..kalau dah ada tu sila lihat muka surat 126 ye..ni contoh buku nye..


okey..teha cuba nak sampaikan sesuatu yang ditulis dari buku ini tentang kisah Naelah al-Farafisyah isteri Khalifah Uthman al-Affan...

 Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

 Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang lelaki soleh.

 Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

 Dua rakaat solat wanita yang hamil adala lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

 Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala tiap-tiap titik susu yang diberikannya

 Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad

 Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

 Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang ALLAH S.W.T dengan penuh rahmat

 Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan ALLAH S.W.T dan kemudian menjaga adab ruma tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

 Wanita yang tidak cukup tidur pada malam kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh ALLAH S.W.T akan seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya , maka ALLAH S.W.T akan memberi 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

 Wanita yang memerah susu haiwan dengan lafaz "Bismillah" akan didoakan oleh haiwan itu dengan doa keberkatan.

 Wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz "Bismillah",ALLAH S.W.T akan berkatkan rezekinya

 Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

 Wanita yang menjaga solat,puasa dan taat pada suami, ALLAH S.W.T akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

 Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.


okey..siapa yang tak nak pahala?kalau nak meh la kita patuh pada suruhan Allah :)
sekian..

Norfathehah bt Rusti







terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

terasa seperti usahaku sia-sia..

hai semua..hari ni teha nak tanya macam mana nak ye cara nak kecik kan lengan ni??teha rasa geram bila tgk bnyk nye lemak kat lengan ni..rasa nak potong je lemak-lemak yang berlebihan tu lepastu bagi ayam makan..ayam pun tak nak makan agak nye..dulu teha berazam nak kuruskan badan dan lengan  bila duduk rumah sebab banyak mase yang boleh dihabiskan dengan usaha-usaha menguruskan badan..tapi teha rasa bukan makin kurus..teha rasa macam penternak lemak yang berjaya lah pulak..agrhh! tension nye....hari-hari angkat dumbell..tak berkesan..macam mana ye..boleh share tak?



Norfathehah bt Rusti


terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

Monday, May 21, 2012

sabar dah habis

Assalamualaikum..
hari ini rase sakit betul hati ni..mana tak nye hari-hari kene hadap perangai seseorang ni yang pemalas dan tak senonoh..tak perlu lah cakap siapa kan..teha mmg dah cukup lama dah bersabar..sejak mula-mula dia jejakkan kaki dekat rumah ni..teha mmg geram je dgn dia ni..mmg tak faham bahasa agaknya..rasa nak baling je dalam mulut buaya..baru tahu agaknya yang kita ni geram kat dia..

bagi buaya ni makan dia!HAHA..kejam habes..

tapi bila teha baca tentang kelebihan orang yang bersabar teha terus cakap dalam hati *aku kena topap balik tahap kesabaran aku ni * HAHA.. meh baca ni..

Pertama: Diampunkan dosa untuknya.
Dalam hadis qudsi berkata Syaddad bin Aus r.a. bahwasanya Nabi s.a.w bersabda maksudnya: “Allah telah berfirman: 'Sekiranya Aku uji salah seorang hamba-Ku yang mukmin, lalu ia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia akan bangun dari tempat pembaringannya, bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih dari dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat Pencatat Amal: Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini dan Aku telah mengujinya, maka kini catatkanlah baginya apa yang kamu selalu catatkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” [Hadis Riwayat Ahmad]

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn]

Kedua: Allah s.w.t merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya di akhirat.
Berkata Anas ra. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda maksudnya:

”Allah telah berfirman:
'Jika Aku menimpakan suatu mushibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” [Hadis riwayat Qudha’i, Dailami, Hakim dan Tirmidzi] - Hadis Qudsi.

 Ketiga: Allah s.a.w ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya.
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah s.w.t dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)
Berkata Abu Umamah ra. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda maksudnya: “Allah telah berfirman: 'Wahai malaikat-ku. Pergilah kepada hamba-Ku, dan timpakan ke atasnya bala'. Maka para malaikat pun menimpakan bala ke atasnya dan orang itu memuji Allah. 


Para malaikat lalu kembali mengatakan, 'Wahai Tuhan kami ! Kami telah menimpakan atasnya sebagaimana yang Engkau perintahkan'. Berfirman Tuhan: 'Kembali semula kepadanya, Aku ingin mendengar apa katanya'.” [Hadis riwayat Thabarani] - Hadis Qudsi.

Keempat: Dibebaskan daripada seksaan api neraka.
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya ia bersama dengan Rasulullah s.a.w menjenguk orang yang sakit kerana demam, lalu Rasulullah s.a.w Bersabda maksudnya: “Bergembiralah, kerana Allah telah berfirman: 'Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mukmin di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat'.”
[Hadis riwayat Ibnu Majah] - Hadis Qudsi.

Kelima: Diberikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya).” [Hadis riwayat Hakim]

Keenam: Diberikan ganjaran pahala tanpa batas.
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (tanpa batas)." [Surah az-Zumar ayat 10]

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya, daripada satu bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.a.w dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."

Ketujuh: Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah s.w.t
Allah s.w.t berfirman maksudnya: "Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya." [Surah al-Baqarah, ayat 155-157]

Kelapan: Mendapat balasan syurga.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda didalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman yang maksudnya:"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar)." [Hadis riwayat Bukhari]

Kesembilan: Jaminan mendapat pertolongan Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t maksudnya: "…jika kamu semua bersabar dan bertakwa. Dan (seandainya) mereka menyerang kamu semua seketika itu juga, nescaya Allah akan menolong kalian dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda." [Surah Ali-Imran ayat 125]

Kesepuluh: Diberikan oleh Allah s.w.t sifat penyabar.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah beruntungnya seseorang mukmin yang memiliki sifat sabar dan dia praktikkan kesabarannya tanpa mengeluh dan bersikap negatif. Sentiasa redha dengan ketentuan Allah s.w.t dan berbaik sangka dengan Allah s.w.t.

Sifat orang fasik dan munafik akan cepat marah dan putus asa dengan rahmat Allah, tidak reda dengan musibah yang menimpa dirinya dan mudah menyalahkan orang lain. Jika kalian berhajat untuk menjadi hamba-hamba Allah s.w.t yang mendapat redha dan rahmat-Nya maka kalian perlulah sentiasa bersabar, tenang dan berfikiran positif dan meyakini setiap sesuatu perkara itu mengandungi 1000 hikmah kebaikan di sisi Allah SWT. (sumber)





terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!

Sunday, May 20, 2012

Nur Aleesya :)

Assalamualaikum..
hai semua blogger-blogger yang budiman..selamat hujung minggu..HEHE..hari ni teha tak nk tulis panjang-panjang sebab teha malas..haha..teha nak tunjuk gmbr je..kalau rase tak nak tgk x ape..tak paksa okey :)















semua tu gambar nur aleesya..anak kakak..habes bunga dia petik dan sepah sepah kan..mmg penat lyn budak kecik ni...tapi seronok..haha..ok terima kasih sebab sudi tgk gmbr ni..dan sudi membaca entry yang tak seberapa ni..
sekian..

Norfathehah bt Rusti



terima kasih kerana sudi bace entry teyha..sila komen ye.TQ!